5 Idea Bisnes Side Income Yang Profitable pada tahun 2020

“Saya nak buat bisnes dan saya masih bekerja. Tapi saya tak tahu nak buat bisnes apa. Boleh bagi idea bisnes side income yang menguntungkan tak?”

Ramai sekarang yang masih bekerja tapi nak buat duit tepi oleh sebab nak tambah pendapatan. Zaman serba ekonomi tak menentu ni kos pengeluaran makin berkurang dan kos perbelanjaan pulak semakin bertambah. Kita sebagai rakyat biasa turut merasa akibatnya. Kalau boleh kita nak cari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Jadi, bisnes side income lah yang menjadi penyelesaian kepada sesetengah orang untuk jana pendapatan sebagai duit tepi ataupun duit poket.

Sebenarnya bisnes side income tu ada dimana-mana. Sama ada kita tak nampak atau kita memang tak tahu. Dimana ada masalah disitu ada peluang, dimana ada peluang disitu ada bisnes side income. Faham ke?

Guru saya pernah berpesan, kita buat bisnes bukan untuk diri kita. tetapi untuk menolong manusia dan ummah. Jika kita tukar niat untuk menolong orang, InshaAllah dilipat ganda rezeki. Jadinya apa yang saya nak kongsikan kali ni adalah bisnes side income yang bakal membuka peluang untuk anda dengan membantu orang lain di dalam dunia online. Berikut saya senaraikan 10 jenis idea bisnes side income menguntungkan pada tahun 2020.

#1 Buat Produk Digital

Produk digital

Mesti ada diantara anda yang pernah beli ebook atau video tutorial atau template kan? Ni salah satu bisnes side income yang anda boleh lakukan. Anda cuma perlu dokumenkan apa yang anda tahu kepada ebook atau video dan macam-macam lagi.

Konsep bisnes ni adalah tukarkan Ilmu dan pengalaman anda menjadi produk digital supaya membantu menjadi rujukan kepada orang lain. Produk seperti education based yang memberi informasi.

“Sampah bagi kita tapi emas bagi orang lain”. Kalau anda rasa benda yang anda tahu tu sangat simple, anda tak tahu bahawa mungkin ada orang yang memerlukan ilmu dan pengalaman itu daripada anda.

Kalau anda ada ilmu dan pengalaman mahal yang anda nak share, tulis dalam ebook atau jadikan video supaya ianya menjadi suatu produk digital.

Anda hanya perlu buat sekali sahaja dan anda boleh buat jualan sampai bila-bila asalkan anda buat marketing. Hasil yang agak lumayan untuk dijadikan bisnes side income.

#2 Jual Idea Anda

Mesti anda sendiri pernah kata macam ni, “kan best kalau benda tu macam ni.” atau “kan lebih mudah kalau dia buat macam ni.”

Pernah naik grab? sejarah penubuhan Grab bermula dengan hanya menjual idea sahaja. Idea Grab menang tempat ke-2 di Harvard Business Plan Competition pada tahun 2011. Dan kini kita dapat tengok sendiri Grab sudah menjadi multi-millionare company.

Kalau anda rasa idea itu bernas dan bagus untuk di implimentasikan, apa kata anda jual idea anda pada investor yang boleh memberi dana untuk anda realisasikan idea tersebut. Anda boleh jadikan bisnes side income pada awalnya dan boleh berhenti kerja selepas anda makin serious.

Sebagai contoh, anda boleh jual idea anda di website Cradle dan boleh dapatkan Grant.

#3 Jadi Personal Trainer ataupun Coach

Anda mempunyai skill dan kemahiran dalam bidang anda? Pernah terfikir tak ada orang mampu bayar untuk mendapatkan khidmat coaching daripada anda? Ya, ada orang sanggup bayar mahal demi mendapatkan personal coaching daripada anda jika anda mahir dalam bidang anda.

Mungkin anda fikir, “aku nak jadi coach apa kalau aku sendiri pun tak ada apa-apa”, “Aku ni belum layak lagi nak jadi personal trainer kepada orang lain” dan banyak lagi yang akan bermain di fikiran anda.

Percayalah skill, pengetahuan dan pengalaman anda sangat bernilai. Anda hanya perlu banyak sharing untuk mendapatkan authoriti.

#4 Jual Beli Nama Domain

Domain ni ibarat seperti hartanah. Setiap tahun nilainya akan meningkat. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai harga. Sama juga seperti nama domain.

Dengan bermodalkan nilai RM45, anda dapat jual balik nama domain tersebut dengan nilai yang tinggi. tetapi carilah nama domain yang sesuai. Ada beberapa tips untuk anda memilih nama domain supaya mudah dilaburkan: –

  1. Nama brand yang bakal meletup ataupun brand yang masih tiada website.
  2. Hot keyword yang orang selalu cari. Kebiasaanya pendek sahaja.

#5 Menjadi Freelancer

Sekarang ni kita tengok di dunia digital skill seperti pereka grafik, video editor, Programmer, pembuat website dan copywriter menjadi skill yang high demand. Jika anda ingin membuat bisnes side income anda boleh menjadi freelance kepada bahagian tersebut. Ini kerana dunia digital sekarang saling memerlukan skill-skill yang boleh mendatangkan hasil, kerana masih banyak lagi syarikat ataupun pemilik bisnes belum ada pekerja yang ada kemahiran tersebut tetapi mereka memerlukannya. Kebanyakan mereka akan memilih untuk mencari freelance.

Jadi ianya peluang besar untuk anda memulakan bisnes side income anda dengan menjadi freelanace, Jika anda mempunyai skill kemahiran tersebut, anda boleh meletakkan diri di platform yang orang boleh nampak anda sebagai freelance, contohnya social media, freelancer.com, fiverr.com, 99design.com, iwriter.com.

Nak mudah? anda dapat job daripada client dan apa perlu anda buat adalah beli sahaja template daripada Envato Market. Adjust template, beri pada client dan dapat bayaran. Tetapi freelance bisnes side income seperti copywriting tiada template lah yer.

Kesimpulan

Pada tahun 2020 sangat mudah untuk membuat bisnes side income kerana peluang begitu cerah di dunia digital. Malaysia sangat menekankan perubahan kepada digital seperti yang kita lihat kenaikan e-wallet dan juga software online yang begitu pantas. Bisnes retail pun digalakkan supaya meng’ online’ kan bisnes mereka. Tidakkah anda nampak peluang-peluang yang ada ini?

Berikut adalah beberapa senarai bisnes side income yang boleh anda buat dan bisnes side income yang profitable pada tahun 2020.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top